Khamis, 16 Ogos 2012

KEGIATAN 'AH LONG' MASIH AKTIF DI IPOH ???

Mohd Hanif menceritakan detik dibelenggu ah long.
Mohd Hanif menceritakan detik dibelenggu ah long.
Peniaga diugut ah long, ancam larikan isteri


POH – Seorang peniaga bukan sahaja dihujani dengan sistem pesanan ringkas (SMS) ugutan ah long malah diancam untuk melarikan isterinya jika gagal melunaskan hutang berjumlah RM10,000.

Mangsa, yang mahu dikenali sebagai Mohd Hanif, 35, berkata, dia berhutang RM3,000 untuk dijadikan modal membeli barangan fabrik untuk berniaga di pasar malam.

Menurutnya, dia mula terjerat dengan kegiatan ah long pada Mei tahun lalu setelah tertarik dengan risalah pinjaman yang dihantar ke peti surat rumah.

“Ah long yang menyamar sebagai syarikat pemberi pinjaman berlesen menawarkan pinjaman jangka pendek tanpa perlu melalui karenah birokrasi termasuk mengisi borang.

“Salah seorang sindiket ah long yang dihubungi memberitahu wang pinjaman boleh diluluskan dalam tempoh dua jam dengan menyerahkan salinan Mykad, buku bank dan bil elektrik,” katanya.

Mohd Hanif berkata, dia disyaratkan membayar RM110 sebulan dalam tempoh 10 bulan dan mengakui pernah gagal membayar wang tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.

“Saya terkejut apabila ah long memberitahu saya masih berhutang RM6,000 dengan mereka termasuk kadar bunga, kos denda lewat membayar hutang dan upah pengurusan.

“Lebih membimbangkan apabila ah long mengugut mahu memukul saya hingga terlantar di hospital serta melarikan isteri jika tuntutan mereka tidak dipenuhi,” katanya.

Katanya, kemelut dihadapinya berakhir apabila pihak Biro Aduan MCA memujuk ah long terbabit menerima baki bayaran hutang berjumlah RM1,500 bagi membebaskannya dari cengkaman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...