Khamis, 16 Ogos 2012

Peniaga yong tau fu ditemui mati di Pulau Pinang


GEORGETOWN: Seorang peniaga yong tau foo yang dilaporkan hilang sejak dua hari lalu ditemui mati dengan beberapa kesan luka pada seluruh badannya, di sebuah restoran berdekatan Jalan Sultan Azlan Shah, di sini pagi ini. 

Jurucakap polis berkata, mayat yang dikenal pasti sebagai Yong Chin Boon, 52, dipercayai dibunuh sebelum ditemui orang awam, pada jam 8.40 pagi.


"Menurut isteri mangsa, Yong keluar dari rumah pada jam 5 petang, dua hari lalu untuk mengambil bekalan kerang untuk berniaga di sebuah restoran. 


"Bagaimanapun selepas tidak pulang ke rumah sehingga semalam, isterinya membuat laporan polis," katanya di sini, hari ini. 

Hasil siasatan mendapati mangsa mungkin disamun sebelum dibunuh dengan objek keras kerana barangan berharga milik mangsa turut hilang. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. 

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian," katanya. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...