Ahad, 5 Mei 2013

Polis bendung cubaan pergerakan demonstrasi ala 'Arab Spring' esok


KUALA LUMPUR - Polis telah mengambil langkah membendung cubaan untuk menggerakkan demonstrasi jalanan umpama 'Arab Spring' yang dirancang pihak tertentu bagi mengganggu kelancaran perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13 esok.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, antara lain polis merampas semua bendera kecil yang diletakkan di lokasi tertentu di ibu negara sebagai penunjuk untuk pihak yang berkenaan berhimpun.
"Polis percaya kewujudan bendera kecil berwarna-warni berbentuk segi tiga yang dicacak di beberapa kawasan di ibu negara mempunyai kaitan dengan usaha menggerakkan 'Arab Spring' di negara ini.
"Kita akan mengambil tindakan undang-undang terhadap usaha pihak untuk memulakan apa yang dipanggil 'Malaysia Spring' kononnya meniru apa yang berlaku di Timur Tengah," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.
Khalid berkata, polis telah memulakan siasatan terhadap perkara ini dan meminta pihak-pihak tertentu agar menghentikan usaha untuk menjemput orang ramai menyertai gerakan yang dipanggil 'Malaysia Spring' itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...