Ahad, 5 Mei 2013

Rakyat Amerika ditemui mati, dipercayai dibunuh

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki rakyat Amerika Syarikat ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Sri Ukay di sini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mayat David James Ginter, 62, ditemui di tingkat atas oleh jiran mangsa dalam keadaan terbaring dengan tangan dan kaki diikat ke belakang serta lehernya dijerut dengan tali kabel pengecas telefon bimbit.
Beliau berkata, difahamkan mangsa menetap di taman itu sejak empat tahun lepas dan bekerja di sebuah syarikat konsultan, selain menjadi paderi.
"Isteri mangsa kini berada di Melbourne, Australia cuba menelefon mangsa tetapi gagal, lalu si isteri menghantar khidmat pesanan ringkas kepada jiran pada 10.20 pagi tadi meminta beliau memeriksa keadaan suaminya.
"Jirannya diminta memeriksa kereta si mati dan anjing peliharaan mereka di dalam rumah,” kata Amiruddin kepada pemberita.
Beliau berkata kereta Toyota Avanza milik mangsa dilaporkan hilang manakala anjingnya dikurung di bilik tingkat bawah.
Motif pembunuhan belum diketahui. - Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...