Selasa, 29 Mac 2016

Anak Polis Mati Lemas Di Taman Tema Air Rantau Eco Park

SEREMBAN – Kunjungan sebuah ke­luarga ke taman tema air Rantau Eco Park di sini kelmarin untuk berkelah sempena cuti hujung minggu berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas di kolam.
Mohamad Thaqif Nur Iqbal Mohd. Hizzuad, 5, yang lemas di kolam disahkan meninggal dunia pada pukul 4.30 petang iaitu kira-kira setengah jam selepas dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini. Difahamkan Mohamad Thaqif merupakan anak anggota polis berpangkat Lans Koperal bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Selangor.
Selain Mohamad Thaqif, dua sepupunya yang turut lemas berjaya diselamatkan.

Isnin, 28 Mac 2016

Ketua Polis Negara arah Tony Pua disiasat

KUALA LUMPUR 27 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan Pusat Tindakan Siasatan Siber Polis (PCIRC) memang­gil dan menyiasat Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berhubung catatan di akaun Twitternya semalam berhubung satu keputusan mahkamah.

Beliau menerusi laman Twitter rasminya berkata, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dipercayai sengaja memutarbelitkan fakta kes mahkamah membabitkan kematian Aminulrasyid Amzah bertujuan mengelirukan rakyat.

“PCIRC@PDRMsia. Tweet ini sengaja memutarbelitkan fakta bertujuan mengelirukan rakyat.

ATM uji peluru berpandu Starstreak (VSHORAD)

KOTA TINGGI 28 Mac - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini melancarkan tembakan peluru berpandu jarak dekat (VSHORAD) tercanggih, Starstreak di Lapang Sasar Bumi Ke Udara (LSBU), Tanjung Logok, dekat sini.

Latihan tembakan misil Starstreak terbaharu bertujuan menguji keberkesanan serta tahap kesiapsiagaan sistem persenjataan itu disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.


Sistem persenjataan VSHORAD Starstreak merupakan aset pertahanan udara aras rendah terbaharu dimiliki ATM yang menggantikan sistem pertahanan teknologi lama dikenali sebagai Starburst sebelum ini.- UTUSAN ONLINE

Ahad, 27 Mac 2016

JURUGAMBAR POLIS SEDIH RAKAM FOTO KELUARGA SENDIRI

Kulai - "Saya tak sangka dua mangsa yang meninggal akibat kemalangan ngeri itu pakcik dan sepupu saya sendiri."

Itu luahan pilu Konstabol Razis Sigal, 28, yang bertugas sebagai juru-gambar Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.

Menurut Razis, dia tidak dapat menahan sebak ketika mahu mengambil gambar penumpang yang maut dalam nahas membabitkan sebuah van kilang dengan sebuah lori pasir berhampiran Jalan Seelong, Kampung Seelong Jaya, Senai, kira-kira jam 530 pagi, semalam.

Sumber- Sinar Harian


GADIS KEJAR PERAGUT TERIMA PENGHARGAAN

Tercabar tindakan peragut yang seolah-olah mengejeknya kerana gagal mengambil semula telefon bimbit diragut, seorang gadis nekad mengejar peragut berkenaan menaiki motosikal sejauh hampir tiga kilometer.

Nor Asmawani Mohd Shukri, 24, berkata, dia menunggang motosikal Yamaha Nouvo LC dari Bachok ke Pasir Mas seorang diri dan menyedari mula diekori seorang lelaki ketika di Bulatan Lemal.

Menurutnya, sebaik tiba di Mahkamah Syariah Pasir Mas, lelaki berkenaan meragut telefon bimbitnya, lalu melarikan diri ke arah bandar Pasir Mas.

Sabtu, 26 Mac 2016

Wartawan Dan Lelaki Maut Ditembak Di Yala

Gambar Hiasan
PATTANI, 26 Mac (Bernama) -- Seorang wartawan di balai polis tempatan dan seorang lelaki maut ditembak di sebuah kebun getah di Kampung Bado, Yala awal pagi tadi.

Penolong Ketua Polis Yala, Kol. Pol. Krisada Keawjandee berkata pihak polis menerima laporan tentang kejadian yang mengorbankan Duraning Samoh, 51, dan Abdul Aziz Salleh, 36, pada pukul 6.30 pagi tadi.

"Duraning Samoh meninggal dunia di hospital manakala wartawan berkenaan Abdul Aziz Salleh ditemui mati ditempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sepasang Kekasih Pecah Tabung Masjid

Gambar hiasan
BUTTERWORTH, 26 Mac (Bernama) -- Sepasang kekasih yang sedang menjelajah negara dengan sebuah motosikal ditahan di Kampung Gajah di sini awal pagi Khamis lepas kerana disyaki terlibat dengan beberapa kes pecah tabung masjid.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Azmi Adam berkata pasangan yang berasal dari Pengerang, Johor dan berusia 24 tahun itu ditahan ketika berada di bawah pengaruh dadah kira-kira pukul 2.15 pagi di sebuah hotel murah.

Khamis, 24 Mac 2016

PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA SAMBUTAN PERINGATAN HARI POLIS KE-209

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1Pasukan.

Segala puji dan syukur dirafakkan ke hadrat Allah SWT di atas limpahan rahmat-Nya yang masih memberi kesempatan kepada kita untuk meraikan Sambutan Hari Polis Ke-209 kali ini.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah memerah keringat dan bergadai nyawa demi memastikan kedaulatan, keamanan dan kesejahteraan masyarakat dan negara kekal terpelihara. Khidmat bakti dan kelestarian pengorbanan PDRM terbukti sepanjang 209 tahun kewujudannya dan pada hari ini, kita sama-sama berdiri megah menyambut tarikh keramat 25 Mac sepertimana yang kita lakukan setiap tahun.

Sekalung penghargaan yang tidak terhingga ditujukan kepada pesara-pesara polis di atas perkhidmatan cemerlang yang telah disumbangkan sekian lama kepada nusa dan bangsa. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan rakan-rakan pesara tidak akan dilupakan. Bagi mereka yang telah terlebih dahulu pergi meninggalkan kita, sama-samalah kita berdoa agar roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh di sisi Allah SWT.

Khamis, 17 Mac 2016

Warga Emas Ditemui Mati Ditikam


KAMPAR: Seorang lelaki warga emas ditemui mati di tepi jalan raya berhampiran rumah pangsa di Jalan Hospital di sini, pada Rabu akibat ditikam.

Mangsa Loo Chee Man, 61, ditemui dalam keadaan tertiarap dan terdapat enam kesan tikaman di badannya oleh orang awam kira-kira pukul 6 petang.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata mangsa dipercayai ditikam oleh seorang lelaki selepas berlaku pertengkaran.

Video Polis Marah Pengadu Jadi Viral

PETALING JAYA: Seorang anggota polis trafik wanita sedang disiasat selepas videonya didakwa memarahi pengadu menjadi viral di media sosial.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari mengesahkan kejadian itu berlaku pada Ahad lepas kira-kira pukul 6 petang di kaunter polis trafik di ibu pejabat polis daerah.

Beliau berkata polis memandang serius perkara berkenaan dan telah membuka kertas siasatan tatatertib berhubung kejadian itu.

Rabu, 9 Mac 2016

Lelaki berpakaian wanita ditemui mati

SUBANG JAYA - Seorang lelaki yang berpakaian wanita ditemui mati selepas dipercayai ditolak oleh teman lelakinya dalam satu kejadian di Blok E, Subang Park Homes di sini pagi tadi.
Mangsa, Zhukran Supu, 20, berasal dari Sandakan, Sabah ditemui berlumuran darah di pekarangan pangsapuri itu oleh orang awam yang melalui kawasan itu pada pukul 9.31 pagi sebelum menghubungi pihak polis.
Satu sumber berkata, bertindak atas maklumat sepasukan polis dikerah ke lokasi kejadian dan hasil siasatan berjaya menahan seorang lelaki warga Kenya yang dipercayai teman lelaki mangsa.

Polis tahan dua lelaki, rampas ketamin bernilai RM1.3 juta

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua lelaki tempatan berusia 40 tahun dan merampas 25.2 kilogram serbuk putih dipercayai dadah jenis ketamin yang dianggarkan bernilai RM1.3 juta dalam dua serbuan di sebuah hotel di Pulau Pinang, kelmarin.
Dalam serbuan pada pukul 3.40 petang itu, kedua-dua suspek masing-masing ditahan di lobi dan tempat letak kereta di hotel tersebut.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, salah seorang suspek mempunyai rekod lampau bersabit kes dadah.

Rabu, 2 Mac 2016

KOTA BHARU - Tiga sindiket dadah dan senjata api yang bergerak aktif di negeri ini sejak setahun lalu berjaya ditumpaskan dalam tiga serbuan di Rantau Panjang, Pasir Mas dan Pengkalan Chepa pada Ahad lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam serbuan pertama pada pukul 2 pagi di sebuah rumah banglo di Kubang Badak, Pasir Mas berjaya menahan tiga lelaki berusia 28 hingga 31.
"Kesemua mereka merupakan serpihan geng 'Buyong' yang kini dikenali geng 'Fuad' dan bergerak aktif di negeri ini.
"Hasil serbuan itu, kita merampas pistol jenis .38 styer semi auto termasuk 1,800 pil kuda dan ketiga-tiga suspek mempunyai rekod lampau," katanya pada sidang akhbar di sini tadi.

Penganjur, peserta hadir Kursus Marxisme Kilat akan dikenakan tindakan

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertegas tidak akan sekali-kali membenarkan anjuran program Kursus Marxisme Kilat yang dijadualkan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 20 Mac depan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, PDRM akan mengambil tindakan bukan sahaja terhadap penganjur malah juga peserta yang menghadiri program tersebut.
Katanya, program itu dilabelkan sebagai satu usaha untuk menghidupkan fahaman komunis di negara ini dan penganjurannya adalah salah di sisi undang-undang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...