Khamis, 14 Jun 2012

Ah long lempar bom terhadap peminjam


Image Detail

NIBONG TEBAL 11 Jun - Berang dengan peminjamnya yang gagal melunaskan hutang, sekumpulan ah long disyaki bertindak membaling bom buatan sendiri di sebuah rumah di Taman Belibis, Simpang Ampat, di sini malam tadi.
Kejadian pukul 9.20 malam yang mengakibatkan letupan kuat sehingga menggemparkan penduduk di situ, mengakibatkan bumbung rumah teres dua tingkat itu mengalami kesan terbakar.

Bagaimanapun insiden itu tidak melibatkan sebarang kecederaan ekoran rumah tersebut telah dilelong pihak bank dan tiada berpenghuni kerana pemiliknya telah diisytiharkan muflis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supritendan Shafien Mamat berkata, siasatan mendapati bahan letupan itu diperbuat daripada karbaid yang diisi di dalam botol air besi.

Pengusaha kedai besi buruk maut ditetak

Image Detail
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR 12 Jun - Seorang pengusaha kedai besi buruk maut akibat ditetak oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di Taman Wilayah, Jinjang di sini petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.10 petang ketika mangsa yang berusia lingkungan 30-an bersama tiga pekerja berada di kedai besi miliknya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, dalam kejadian itu, sekumpulan lelaki yang memakai topeng tiba-tiba muncul di depan premis mangsa dengan menaiki empat buah kereta.

PGA rampas pakaian seludup pasaran Aidilfitri


Image Detail
Gambar hiasan

RANTAU PANJANG 12 Jun - Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 597 helai pakaian lelaki dianggarkan bernilai RM29,850 yang dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran Hari Raya Aidilfitri berhampiran kawasan pangkalan haram Tebu, dekat sini petang semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 4 petang itu, sekumpulan anggota dari unit tindakan PGA telah dikerah ke tempat kejadian selepas mendapat maklumat mengenai aktiviti penyeludupan. 


Pekerja kilang maut ditikam


Image Detail
Gambar hiasan


TUMPAT 12 Jun - Seorang pekerja kilang maut dipercayai akibat ditikam dengan sebilah keris oleh seorang lelaki di Kampung Laut, Palekbang dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam, Mohd. Al-Sedenadi Mat Rahim, 26, yang cedera parah di dada kanan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Tumpat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, mangsa bersama lima rakan termasuk adiknya sebelum itu pergi ke tempat kejadian untuk berjumpa dengan suspek kerana didakwa telah menampar saudaranya, Zulhilmi Zu.

Maut selepas disamun 6 warga Vietnam

Image Detail
JOHOR BAHRU 13 Jun - Seorang pekerja kilang mati dibunuh selepas disamun enam lelaki warga Vietnam di rumahnya di Jalan Padi Mahsuri 2, Taman Senai Baru dekat sini malam tadi.

Kejadian berlaku pukul 11.30 malam ketika mangsa, Low Kwang Kean, 41, dan isterinya seorang warga Vietnam berusia 30 tahun berada dalam bilik.

Ketua Polis Daerah Kulai Jaya, Supritendan Zulkefly Yahya berkata, sekumpulan lelaki termasuk dua rakan serumahnya tiba-tiba muncul dan mengetuk pintu bilik mangsa.

"Sejurus mangsa membuka pintu bilik, salah seorang suspek menolak lelaki itu sehingga jatuh sebelum mengikat dia dan isterinya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkefly berkata, salah seorang daripada suspek kemudian meminta sejumlah wang daripada mangsa sehingga berlaku pertengkaran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...