SAMAN ekor oleh polis yang dikatakan tidak sah kerana bertentangan dengan Perlembagaan dan tindakan JPJ menyenaraikan pemilik kenderaan yang ada masalah (tunggakan) saman memang dibenci dan dicemuh oleh orang ramai. Minggu lepas saya membuat bancian (poll) mengenai isu berkenaan dengan mengemukakan empat soalan untuk dipilih.
Soalan itu ialah;
1. Tindakan itu baik dan patut disokong;
2. Tindakan menyusah dan menindaskan rakyat;
3. Tindakan yang tidak profesional polis, dan
4. Tindakan berubah penyamunan berlesen oleh pihak penguasa?
Seramai 2,436 undian diterima dalam tempoh enam hari. Dari jumlah itu seramai 1,614 orang pengundi atau 66% beranggapan tindakan itu sebagai tindakan menyamun secara berlesen oleh pihak berkuasa.
Manakala hanya 192 pengundi atau 7% saja yang beranggapan tindakan itu sebagai baik dan perlu disokong. Sebanyak 429 pengundi beranggapan tindakan polis dan JPJ itu sebagai tidak profesional dan sebanyak 201 atau 8% pula beranggapan tindakan itu menyusah dan menindas rakyat.
Sekiranya undian di blog saya ini adalah simblik pemikiran rakyat umum maka jelas tindakan saman ekor dan penghalangan pemilik memperbaharui cukai jalan oleh JPJ dibenci dan dicemuh.
Eloklah kalau pihak kerajaan mengambil kira pandangan ini bagi mengelakna persepsi buruk kepada polis dan JPJ akan berterusan.
Dipetik daripada blog Mohd Sayuti Omar