KUANTAN - Seorang suri rumah kerugian RM5,000 apabila rumahnya dipecah masuk pencuri di Kubang Buaya, malam kelmarin.
Dalam kejadian dipercayai berlaku tengah malam hingga awal lagi itu, tingkap rumah semi D, milik mangsa berusia 41 tahun itu diumpil sebelum memecah masuk bilik di tingkat bawah.
Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Superintendan, Noor Asyikin Shamsuri berkata, mangsa menyedari kejadian itu apabila bangun tidur kira-kira jam 7.30 pagi.
Menurutnya, mangsa terkejut apabila mendapati bilik di tingkat bawah berselerak dan barang berharga seperti komputer riba hilang termasuk wang tunai berjumlah RM1,000.
“Suspek mungkin menganggap mangsa yang tinggal bersendirian kerana suaminya berada di luar daerah tiada di rumah disebabkan musim cuti persekolahan.
“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui di sini