Jumaat, 11 Mac 2011

Perjumpaan KPN Dan Mantannya Bagi Mantap Strategi Keselamatan Negara

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Satu majlis perjumpaan dan percambahan minda melibatkan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar bersama mantan pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk bekas KPN dan timbalan KPN diadakan di Menara 1, Bukit Aman, di sini, Khamis.

Perjumpaan itu antara lain menyentuh perkara berkaitan keperluan meningkatkan persepsi selamat kepada masyarakat, peningkatan disiplin, keperluan sinergi, pemindahan kepakaran dan kepentingan penyeliaan dalam pasukan polis.
Dalam kenyataan hari ini, PDRM berkata majlis percambahan minda itu bertujuan untuk memaklumkan kepada mantan pengurusan tertinggi PDRM mengenai inisiatif dan tindakan PDRM dalam konteks kepolisan sekarang.

Mantan pengurusan PDRM yang hadir itu diketuai bekas KPN Tun Hanif Omar, mantan KPN Tan Sri Mohd Bakri Omar, mantan timbalan KPN Tan Sri Jamil Johari dan Tan Sri Samsuri Arshad.

-- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...