Kuala Terengganu, 29 April - Sebanyak 16 sekolah
menengah di negeri ini dipilih sebagai perintis sekolah angkat Polis Diraja
Malaysia (PDRM) Terengganu.
Pemangku Ketua Polis Terengganu Dato’
Hashim Abdul Jalil berkata kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri
Terengganu (JPNT) itu merupakan sebahagian daripada usaha mengurangkan kadar
jenayah dalam kalangan pelajar sekolah di negeri ini.
Katanya projek perintis itu turut
melibatkan Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah sebelum diperluaskan ke sekolah
di seluruh daerah secara berperingkat.