HULU SELANGOR 29 Julai - Dua penjenayah
mengambil kesempatan cuti umum Hari Raya Aidilfitri untuk meletupkan lapan buah
mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank menggunakan dua buah bom
buatan sendiri dalam kejadian di Jalan Melati 2b, Bukit Beruntung, di sini hari
ini.
Bagaimanapun
usaha kedua-dua penjenayah itu gagal apabila salah satu daripada bom jenis
phyrotechnic yang diperbuat daripada paip PVC itu tidak meletup dan hanya
menyebabkan bahagian hadapan premis bank tersebut musnah sementara mesin ATM
yang hendak dipecah tidak berjaya dibuka.