KUANTAN: Gara-gara cuba melarikan diri selepas
menyamun pejabat peraih kelapa sawit, seorang lelaki maut apabila kereta
dipandunya terbabas sebelum terbalik di Kilometer 110 Jalan Kuantan-Kuala
Lumpur dekat Maran pagi tadi.
Mangsa, Muhammad Faizal Zaini, 25,
berasal dari Felda Sungai Nerak, Temerloh yang cedera parah, mati di tempat
kejadian.
Pemangku Ketua Polis Daerah Maran,
Asisten Komisioner Razak Majid berkata, dalam kejadian pukul 9.40 pagi itu,
mangsa bersama seorang lagi suspek sedang melarikan diri dengan menaiki sebuah
kereta jenis Nissan Bluebird menuju ke arah Pekan Kampung Awah, Temerloh
kira-kira 15 kilometer dari lokasi kejadian.