MUAR - Seorang anggota polis ditemui mati di dalam
parit di Jalan Kampung Tengah, Sungai Abong di sini hari ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Roydin Jamaludin ditemui
kira-kira pukul 9 pagi dengan terdapat kesan luka pada tubuhnya.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob
berkata, mayat mangsa dalam pakaian biasa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik
Hospital Pakar Sultanah Fatimah.
Beliau berkata, pihaknya masih mengenal pasti punca
kematian anggota tersebut dan meminta orang yang mempunyai maklumat berkaitan
kes itu agar menghubungi pihak polis. - Bernama