Ahad, 27 Mac 2011

Bantu cegah jenayah

KUANTAN - Kerjasama semua pihak khususnya orang awam diperlukan untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) membanteras jenayah. 

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Fatimah Ghazali berkata, orang awam boleh membantu dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti jenayah. 

Menurutnya, dengan saluran maklumat yang diberikan ia dapat membantu pihak polis dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara selamat. 
Beliau berkata sedemikian selepas sambutan Hari Polis ke 204 peringkat negeri di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, semalam. 

Lebih 30 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk orang awam menerima surat penghargaan sempena sambutan itu. 

Majlis yang bermula sejak pukul 8 pagi itu menyaksikan Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Fatimah Ghazali menyampaikan perutusan Ketua Polis Negara,Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di hadapan warga PDRM negeri. 

Turut disentuh, KPN mengingatkan seluruh anggota polis di negeri ini agar terus memberikan perkhidmatan cemerlang kepada PDRM selain meminta masyarakat terus bekerjasama membantu mencegah jenayah. 

Turut hadir Ketua Cawangan Khas Pahang, Datuk Riduan Hashim dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisoner T. Narenasagaran. 

Pada sambutan itu juga, pelbagai acara diadakan termasuk perbarisan, penyampaian sijil penghargaan dan pemakaian lencana pangkat kepada anggota. 

Sementara itu, orang awam yang turut menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Negara melahirkan rasa gembira dan terharu. 

Antara yang menerimanya adalah Mustafa Mazlan, 52, Murad Kamarudin, 51 dan P.Balan, 34 dan bekas tentera, Abd Rahman Abd Hamid, 48. 

Mereka merupakan antara individu yang menyelamatkan anak lelaki Duta Republik Korea ke Malaysia, H.E. Lee Yong-Joon yang sesat di Gunung Irau, Cameron Higlands pada 22 Mac lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...