JOHOR BAHRU – Seorang penganggur diarahkan membayar denda berjumlah RM2,800 atau berdepan penjara 7 bulan selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas tuduhan memiliki 9.59 gram dadah jenis ketamin, kelmarin.
Chong Yau Han, 26, dituduh memiliki dadah berkenaan selepas sekumpulan anggota polis Bahagian Narkotik Johor Bahru Selatan melakukan serbuan dan pemeriksaan pada diri serta rumahnya di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, pada 1 Februari lalu.
Tertuduh kemudiannya memohon supaya denda yang dikenakan dikurangkan kerana menganggur.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Tan Poh Vun, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela