Masyarakat khususnya warga netizen
memuji sikap berperikemanusiaan seorang anggota polis dari Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, Koperal Mohd Ropi Mat Ali, 47 tahun yang gambarnya membantu menumpangkan seorang lelaki
kurang upaya (OKU) viral dalam media sosial baru-baru ini.
Koperal Mohd
Ropi yang sempat ditemubual berkata, beliau terserempak dengan dengan pemuda
OKU terbabit ketika sedang membuat rondaan di Jalan
Tun Mohd Fuad 1 bersama-sama rakan setugas pada jam 8.00 malam.
Kerana risau melihat pemuda OKU
terbabit berjalan seorang diri di jalan raya yang sibuk dan banyak kenderaan,
beliau menawarkan untuk membantu menghantar pemuda terbabit ke lokasi
perhentian bas yang lebih selamat dan mudah.
Sumber: Berita Harian