Selasa, 8 Mac 2011

Pekebun maut terkena peluru sesat

KUALA TERENGGANU: Seorang pekebun meninggal dunia 12 jam selepas dipercayai terkena peluru sesat ketika ke kebun untuk melihat kerbau peliharaannya di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, dekat sini malam tadi.

Mamat Che Ghani, 61, yang terkena tembakan di perutnya dalam kejadian 1 malam itu, sempat menghubungi seorang anak perempuannya yang bergegas ke kebun itu dan menemuinya terbaring dalam keadaan berlumuran darah di sebuah pondok.

Dia dibawa ke klinik berhampiran sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah tetapi meninggal dunia pada 10.45 pagi tadi.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa, berkata polis telah menahan empat lelaki berumur 34 hingga 59 tahun bagi membantu siasatan.

Katanya, mereka ditahan pada 1.45 pagi berhampiran kawasan kejadian ketika dipercayai baru pulang dari memburu.

Polis merampas selaras senapang patah dan satu kelongsong peluru daripada seorang lelaki itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. - BERNAMA 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...