Selasa, 8 Mac 2011

Polis Brickfields selesai 30 kes pecah rumah dan kereta

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 46 tahun dipercayai dalang kepada kumpulan pecah rumah dan kereta sekitar Lembah Klang antara tiga individu ditahan pihak berkuasa di sebuah rumah di Bangsar, di sini, semalam.

Difahamkan, kumpulan terbabit bergiat aktif sejak setahun lalu dan penahanan mereka berjaya menyelesaikan 30 kes yang dikatakan dilakukan sepanjang tahun lalu dan awal tahun ini.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata penahanan ketiga-tiga suspek berusia antara 30 hingga 46 tahun itu hasil siasatan susulan beberapa laporan yang diterima pihaknya.

“Dalam kes terbaru yang dilaporkan pada 7 Februari lalu, seorang lelaki mendakwa cermin kereta miliknya dipecahkan ketika ditinggalkan di sebuah pasar raya di kawasan Bangsar dengan beberapa barang miliknya dilarikan.


“Berikutan laporan itu, polis menahan suspek di sebuah rumah berhampiran kawasan berkenaan sebelum menahan dua lagi individu termasuk seorang wanita berusia 46 tahun.

“Polis merampas 28 barang seperti komputer riba, beg duit dan kad ATM dipercayai milik mangsa yang dianggarkan bernilai RM20,000,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, di sini, petang tadi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...