Pengarahnya, Mansor Lat, berkata empat pelajar tingkatan dua dan tiga telah ditahan reman kerana disyaki terbabit membelasah Muhamad Shahfaly Anoar, 15, kepada polis dan pihaknya akur dengan sebarang tindakan undang-undang terhadap mereka yang terbabit.
Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa disiplin sekolah bagi menentukan bentuk hukuman yang sewajarnya terhadap empat pelajar itu.
Mengulas mengenai kejadian Muhamad Shahfaly ditarik ketika seorang guru sedang mengajar, katanya guru Kemahiran Hidup terbabit tidak menyedari mangsa ditarik keluar dari bilik itu oleh pelajar terbabit.
"Saya telah berjumpa dengan guru itu dan beliau mengatakan ketika kejadian beliau sedang membuat demonstrasi memotong kayu di hadapan pelajar dan mengakui tidak nampak Muhamad Shahfaly ditarik keluar kelas," katanya ketika melawat mangsa di rumahnya di Simpang Empat Syed Kassim dekat sini, hari ini.
Berikutan kejadian itu, Muhamad Shahfaly patah tangan kiri, terkehel bahu dan luka di kening serta terpaksa mengambil cuti sakit selama 11 hari.
Mansor berkata, sebagai seorang pelajar, mereka perlu menunjukkan sikap yang terpuji dan berharap kes seumpama itu tidak akan berlaku di sekolah lain.
Katanya, JPN Perlis sedia mempertimbangkan permintaan Muhamad Shahfaly untuk bertukar ke sekolah lain demi keselamatan dan keselesaan pelajar itu apatah lagi mangsa akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun ini.
Selain itu, Mansor berkata masalah disiplin pelajar sekolah di Perlis masih terkawal namun beliau mengakui kes ponteng sekolah adalah tinggi dan beberapa langkah pencegahan sedang dijalankan termasuk mencatatkan nama pelajar yang ponteng dan rondaan. - BERNAMA