Sabtu, 25 Julai 2015

Lelaki Menyamar Pegawai SKMM Tawar Netbook 1Malaysia

IPOH: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesan seorang lelaki menyamar sebagai pegawai SKMM dan menawarkan Netbook 1Malaysia yang baharu, jika mangsa membayar sejumlah deposit kepadanya.

Timbalan Pengarah Pematuhan Kawal Selia SKMM Wilayah Utara, Hanita Izam Abdul Rahman berkata, individu yang memperkenalkan diri dengan nama 'Zambri' itu mengatakan bahawa dia mempunyai maklumat mengenai anggota keluarga yang ditawarkan Netbook 1Malaysia.
"Lelaki ini datang rumah ke rumah dan memberi borang permohonan photostat kepada mangsa. Mangsa diminta untuk menyerahkan wang deposit antara RM1,000 hingga RM2,500 untuk mendapatkan Netbook 1Malaysia sebelum komputer diserahkan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Doktor disamun ‘orang minyak’


Seremban: Seorang doktor lelaki bukan saja disamun RM600 malah dipaksa menanggalkan pakaian dan kencing di hadapan sebuah kedai di Jalan Temiang, di sini, oleh ‘orang minyak’ yang merompaknya, kelmarin.

Sumber berkata, lelaki berusia 36 tahun terbabit minum di sebuah restoran di Jalan Lobak, di sini, sebelum memandu kereta pulang ke rumahnya.

Katanya, mangsa singgah di sebuah kedai serbaneka 24 jam untuk membeli sos cili sebelum meneruskan perjalanannya, jam 2 pagi.

Jumaat, 24 Julai 2015

EKSESAIS PENGAMBILAN JAWATAN INSPEKTOR LELAKI DAN WANITA SECARA WALK-IN

Dimaklumkan Eksesais Pengambilan bagi jawatan Inspektor Polis (Lelaki/Wanita) secara ‘walk-in’ akan diadakan pada 27 Julai 2015 (untuk wanita) dan 28 Julai 2015 (untuk lelaki).
Hanya permohonan melalui www.spa.gov.my BAGI TAHUN 2013 DAN 2014 SAHAJA yang layak untuk hadir dalam ‘walk-in’ ini.

Untuk keterangan lanjut, sila layari Portal Rasmi PDRM,www.rmp.gov.my dan klik pada banner yang berkenaan. 

Rabu, 22 Julai 2015

30 Peniaga Low Yatt Disiasat Polis, 4 ditahan bawah Akta Hasutan

Polis dilaporkan menahan hampir 30 orang peniaga Plaza Low Yatt sebagai sebahagian siasatan terhadap insiden pergaduhan Sabtu dan Ahad lalu dakwa Ketua Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bukit Bintang, See Foo Hong kepada portal berita Malaysiakini.com
Sementara itu, pemilik kedai telefon bimbit yang dikenali sebagai Tim Chon berkata anggota polis berpakaian biasa mengambil beliau dan sembilan pekerjanya untuk soal siasat. Mereka hanya dibebaskan jam lima petang semalam.
Jurucakap Polis Daerah Dang Wangi dilaporkan mengesahkan bahawa empat orang peniaga ditahan di bawah Seksyen 147 dan 427, Kanun Keseksaan kerana mencetuskan huru hara dan kerosakan.

Pendedahan Melanyi: Polis Tidak Tolak Kemungkinan Tahan Pihak Terlibat

Pendedahan Melanyi: Polis Tidak Tolak Kemungkinan Polis tidak menolak kemungkinan menahan beberapa individu yang didakwa bekas Pengarang Sarawak Tribune Lester Melanyi terlibat dalam komplot untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan meminta semua pihak memberi ruang kepada pihaknya menjalankan siasatan dengan penuh berhati-hati.
“Ini satu perkara yang amat serius seperti saya sebut sebelum ini. Pendedahan ini mengejutkan dan amat serius dan kita perlu jalankan siasatan dengan terperinci serta berhati-hati kerana ada kemungkinan orang yang terlibat itu akan ditahan untuk siasatan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan polis bantuan koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Berhad di i-City di sini Rabu.

Isnin, 20 Julai 2015

Pengunjung sebuah Pub mati ditetak di Gelang Patah

Gambar hiasan
JOHOR BAHRU - Seorang pengunjung kelab malam mati ditetak manakala rakannya berjaya menyelamatkan diri selepas diserang tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang dalam kejadian di Gelang Patah, Nusajaya, awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamed berkata, kejadian berlaku kira-kira 2 pagi ketika mangsa, Liew Poh Heng, 22, dan rakannya berusia 21 tahun hendak menaiki motosikal pulang ke rumah selepas minum di sebuah pub berdekatan bersama tiga lagi rakan mereka.

Kedai Emas Di Terminal 1, Seremban Di Rompak


SEREMBAN: Empat lelaki melarikan barang kemas dalam satu kejadian samun di sebuah kedai emas di Terminal 1, di sini, pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun berkata dalam kejadian kira-kira 11.44 pagi itu, dua daripada suspek bersenjatakan pistol, manakala dua lagi bersenjatakan tukul sewaktu melakukan rompakan.

"Mereka memakai topi keledar, berpakaian hitam serta berjaket dan bersarung tangan. Satu das tembakan telah dilepaskan oleh seorang daripada suspek.

Lelaki nyaris maut ditembak empat das


KULAIJAYA,19 JULAI: Seorang lelaki nyaris maut apabila terkena tembakan di Kampung Sepakat Baru, Senai petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai A.Sriraman,47 ditembak empat kali di hadapan sebuah rumah.

Mangsa cedera di kepala, leher kiri dan rusuk kanan akibat tembakan itu.

Difahamkan, empat das tembakan yang dilepaskan dipercayai menggunakan pistol jenis separa automatik.

Sumber berkata, mangsa ditembak oleh lelaki bersenjata dan bertopeng yang menggunakan kenderaan jenis Perodua Myvi.

“Siasatan awal mendapati tembakan tersebut dilepaskan dari jarak dekat,”katanya.

Rabu, 15 Julai 2015

Mayat disumbat dalam beg pakaian


Petaling Jaya: Mayat lelaki disumbat di dalam beg pakaian ditemui dalam longkang di Jalan Cecawi 6/30, Seksyen 6, Kota Damansara, di sini, 1 petang tadi.

Mangsa yang belum dikenal pasti identiti itu ditemui orang awam yang kemudian memaklumkannya kepada polis.

Menurut sumber polis, siasatan awal mendapati mayat mangsa ditemui di dalam beg pakaian berwarna hitam dan dibungkus menggunakan plastik putih.

Difahamkan, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dicampak ke dalam longkang.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim ketika dihubungi mengesahkan menerim laporan penemuan mayat terbabit dan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.

Bayi Ditinggalkan Di atas bangku

Marang: Bayi yang masih bertali pusat ditemui di atas bangku simen di Taman Alur Pak Bang, di sini, 1.30 petang tadi.

Bayi perempuan itu ditemui seorang remaja lelaki berusia 16 tahun selepas mendengar tangisannya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, ketika kejadian, pelajar terbabit bersama rakan lelakinya berusia 15 tahun duduk di sebuah wakaf di tempat kejadian sebelum terdengar bunyi tangisan.

"Pemeriksaan kemudian menemui bayi perempuan terbabit sebelum remaja membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang sementara rakannya pula menunggu bayi terbabit.

Sumber: KLIK SINI


Dua anggota tentera cedera terkena tembakan

Tanah Merah: Dua anggota tentera cedera di paha dipercayai terkena tembakan ketika meronda di Sungai Golok, dekat sini, kira-kira 5.35 petang tadi.
Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Jeli di sini, untuk menerima rawatan lanjut.
Sumber polis berkata, ketika kejadian, anggota tentera terbabit sedang dalam perjalanan pulang ke pangkalan selepas meronda di sekitar Sungai Golok.
“Kira-kira 400 meter dari Pos Machang, ada tembakan dilepaskan dari arah sempadan Thailand dan mengenai tepat paha anggota tentera itu.
“Tembakan dipercayai menggunakan senapang angin,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, mangsa yang dihantar ke hospital dilaporkan stabil.

Katanya, siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan.
Sumber: KLIK DISINI

Selasa, 14 Julai 2015

Pegawai Polis Antara Lima Suspek Berpakat Lakukan Pembunuhan


KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis dan seorang ahli perniagaan adalah antara lima yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan berpakat untuk melakukan pembunuhan.

ASP Haris Faddila Hasim, 39, ahli perniagaan Lau Ngik Yin, 45, didakwa bersama-sama dua bekas pegawai polis Mohd Nizam Manshor, 34, Indra Zaidi Zamani, 32, serta pengawal peribadi Lau, Zainuddin Rosman, 36.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Westin Hotel, Jalan Bukit Bintang di sini antara April hingga 15 Jun, 2015, iaitu berpakat untuk melakukan pembunuhan, satu kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Rusuhan Plaza Low Yat: Polis nafi terima laporan suspek ditipu beli telefon


KUALA LUMPUR, 13 Julai: Polis menafikan laporan mengenai kejadian rusuhan yang berlaku di Plaza Low Yat, Sabtu lalu berpunca daripada penipuan pada urusniaga telefon seperti yang dilaporkan di media sosial.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, siasatan polis menjurus kepada kes kecurian dan suspek yang dikatakan ditipu tidak membuat laporan polis.

“Siasatan kami mendapati tiada kejadian penipuan namun akan menyiasat sekiranya ia benar.

Laman web PDRM digodam


KUALA LUMPUR, 13 Julai: Laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM) digodam oleh satu kumpulan yang tidak dikenali, hari ini.

Dalam insiden pada kira-kira jam 2 petang tadi, penggodam menukar gambar profil akaun dan foto Facebook dengan imej yang menyokong sentimen ekstrim Negara Islam (IS).

‘Serangan’ bermula pada jam 2.10 petang apabila foto Facebook ditukar dengan imej yang mengandungi perkataan ‘Khilafah Has Returned” (Khilafah Kembali) dengan gambar lelaki memegang bendera ikonik IS, sementara gambar profil pula ditukar dengan foto bayang bendera di mata seorang perempuan.

Isnin, 13 Julai 2015

Doktor trauma diacu pistol


BATU PAHAT“Kau kenal aku tak?, Kau kenal aku tak?,” itu tengkingan seorang daripada tiga suspek yang memecah masuk rumah seorang doktor sebuah hospital di daerah ini, di Taman Pantai Baru, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi, doktor berkenaan, Mohd Nooh Sainorudin, 28, sedang bersiap untuk ke tempat kerja dan tiba-tiba dia diacu objek dipercayai pistol dari arah belakang.

Keadaan Di Low Yat Terkawal

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil tindakan terhadap dua kumpulan yang terbabit dalam pergaduhan di Plaza Low Yat, Bukit Bintang di sini, Sabtu.

Beliau turut menafikan dakwaan dalam media sosial kononnya pergaduhan itu tercetus akibat isu perkauman, sebaliknya hanya melibatkan pergaduhan dua pihak.

"PDRMsia telah tangkap sebahagian mereka yang terlibat bergaduh semalam dan sedang kesan yang lain. Biar polis ambil tindakan," katanya melalui akaun Twitter beliau pada Ahad.

SPAD BUAT APA DI MUSIM PERAYAAN NI ???

Agensi penguatkuasa yang lain sibuk dengan penugasan sempena Perayaan Aifilfitri 2015.

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu terus mempertingkatkan Ops Motosikal di seluruh daerah sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini, sebagai usaha mengurangkan kadar kemalangan melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata fokus utama operasi berkenaan adalah terhadap motosikal kerana ia penyumbang terbesar kepada statistik
kemalangan jalan raya.
Katanya dalam Ops Musim Perayaan, JPJ memberi tumpuan di jalan-jalan utama yang kerap berlaku kemalangan dengan melaksanakan strategi penguatkuasaan dilihat bagi meningkatkan lagi persepsi telah ditangkap (POBC) dalam kalangan penunggang dan pembonceng motosikal.

Ahad, 12 Julai 2015

Tiga Maut, Dua Parah Dalam Letupan Bom Di Selatan Thailand

Gambar hiasan
PADANG BESAR (Thailand): Tiga wanita terbunuh manakala dua lagi cedera parah dalam letupan bom di hadapan sebuah pusat karaoke di pekan Siam di sini malam Jumaat. Mereka yang cedera sedang dirawat di Hospital Hatyai.

Menurut Ketua Polis Padang Besar Choketawee Janthongon, dua mangsa terbunuh di tempat kejadian termasuk pemilik karaoke itu yang berumur 43 tahun manakala seorang meninggal dunia di hospital Hatyai pagi Sabtu.
Beliau yang ditemui wartawan Malaysia di pekan Siam Padang Besar pada Sabtu hanya mengesahkan mangsa yang lain berumur 28 hingga 40 tahun dan kesemuanya adalah rakyat Thailand.
Katanya kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 malam (waktu tempatan).

Wanita Diragut Patah Bahu Kiri

Gambar hiasan
BUTTERWORTH: Seorang wanita patah bahu kiri selepas diragut seorang lelaki menaiki sebuah motosikal dalam kejadian di Taman Perkasa, di sini pagi Jumaat.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian 7.20 pagi itu, mangsa yang berusia 46 tahun diragut dari arah belakang, sebelum terjatuh dan patah bahu kiri.

"Ketika kejadian wanita itu baru menghantar anaknya ke sekolah sebelum mangsa berjalan ke arah keretanya dan diragut lelaki yang menaiki motosikal jenis Honda Ex5.

Khamis, 9 Julai 2015

Pemuda Terima Padah Curi Motosikal Jemaah

MARANG – Seorang pemuda berjaya diberkas penduduk selepas mencuri motosikal milik salah seorang jemaah yang sedang mengerjakan solat Subuh di Surau Kampung Tengah di Pulau Kerengga di sini, semalam.
Difahamkan, kejadian berlaku lebih kurang jam 6.15 pagi sebelum perbuatannya itu disedari penduduk.
Suspek yang dipercayai terkejut setelah disergah penduduk bergegas melarikan diri dengan motosikal yang dicurinya menghala ke arah Kuala Terengganu.

Rabu, 8 Julai 2015

1MDB - Enam akaun bank dibekukan


PUTRAJAYA 7 Julai - Pasukan Petugas Khas yang menyiasat dakwaan penyaluran dana ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengeluarkan perintah pembekuan terhadap enam akaun bank pihak-pihak dipercayai terlibat dalam kes tersebut semalam.

Menurut kenyataan bersama pasukan berkenaan, mereka juga telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun daripada dua buah bank bagi membantu siasatan.

“Pasukan Petugas Khas telah mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit.

Mayat Bayi Dikerat Enam Ditemui Dalam Tangki Tandas

Gambar hiasan
ALOR SETAR: Polis menemui sebahagian tubuh bayi yang dikerat enam bahagian di dalam tangki tandas di sebuah rumah di Kampung Manggol, Jitra pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abd Rahim Abdullah yang mengesahkan perkara itu berkata terdapat beberapa tubuh bayi belum ditemui seperti bahagian tangan, kemaluan dan kaki kanan bayi tersebut.

Katanya tubuh bayi dipercayai dikerat dengan menggunakan senjata tajam, sebelum dibuang ke dalam tangki tandas.

Isnin, 6 Julai 2015

Rompak waktu berbuka


Kuala Lumpur: Seorang penjenayah mengambil kesempatan waktu berbuka puasa untuk melakukan rompakan di sebuah bank di Sentul Raya di sini, bagi memastikan pengawal keselamatan bank terbabit tidak berada di lokasi itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, mangsa berusia 35 tahun ingin memasukkan wang ke dalam mesin deposit tunai sebelum didatangi seorang lelaki bersenjatakan parang yang memaksanya menyerahkan wang tunai berjumlah RM11,000.

Sabtu, 4 Julai 2015

Pencuri Pakaian Dalam Wanita Diberkas


GEORGE TOWN: Gara-gara sehelai bra merah, seorang lelaki akhirnya ditangkap kerana terlalu obses terhadap pakaian dalam wanita.

Lelaki yang didakwa mencuri lebih daripada 1,000 helai pakaian dalam wanita itu ditangkap oleh penduduk dan pihak pengurusan dua blok kondominium berhampiran Jalan Masjid Negeri.

Penangkapan itu juga menamatkan teka-teki mengenai insiden kehilangan pakaian dalam yang berpanjangan di kawasan itu.

Bayi Alami Pendarahan Dalam Otak Dan Mata, Dipercayai Didera Pengasuh


ALOR SETAR: Seorang bayi perempuan berusia empat bulan mengalami pendarahan pada otak dan mata dipercayai didera pengasuh pada Rabu lepas di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak.

Putri Wafa Mohd Saifudin yang baru sahaja empat hari ditempatkan di pusat jagaan itu dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani oleh pemilik pusat penjagaan selepas bayi tersebut mengalami sawan dan tidak sedarkan diri.
Bapanya Saifudin Seman, 26, berkata menerima panggilan daripada pusat penjagaan tersebut kira-kira 2.45 petang (Rabu) yang menyatakan anak perempuannya itu mengalami sawan.

Pian Pendek dipenjara tiga tahun


KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dikenal ‘Pian Pendek’ akhirnya dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, semalam, kerana melakukan pecah rumah dan melarikan diri dari lokap mahkamah.

Keputusan itu dibuat Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi selepas Pian Pendek  atau nama sebenarnya, Mohd Safian Ali, 28, dari Kampung Dusun, Kuala Ibai, di sini, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana tentangan atau galangan oleh seseorang terhadap penangkapan yang sah di sisi undang-undang atas dirinya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...